Thursday, November 14, 2013

DAP & PKR Akan Putus Hubungan Kalau PAS Laksana Hudud


Tindakan PAS Kelantan sejak kebelakangan ini menghidupkan semula isu hudud, telah benar-benar mengancam hubungan antara tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Setelah PAS Kelantan mengadakan hari Hududulah pada hujung bulan lepas, semalam Ketua Hakim Syarie Kelantan pula dipetik sebagai berkata negeri itu telah bersedia untuk melaksanakan undang-undang hudud pada bila-bila masa.

Setau akulah, perlaksanaan hudud tidak pernah dibincangkan diperingkat tertinggi Pakatan Rakyat pada bila-bila masa, jadi PAS sekarang ini bercakap atas kapasiti apa?


Rasanya aku perlu jelaskan disini, PAS tidak ada kapasiti untuk melaksanakan hudud langsung kerana perkara itu perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat terlebih dahulu, walaupun untuk dilaksanakan di Kelantan.

Dan aku yakin dengan sepenuh hati bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat tidak akan sesekali berkompromi dalam hal nak melaksanakan hudud 

Perlaksanaan dimana pun bukan masalah, masalahnya ialah hudud tidak boleh dilaksana atas apa cara sekalipun selagi PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat kerana DAP dan PKR pasti tidak akan bersetuju dengan perkara seperti itu.

Atau adakah isu hudud ini dibangkitkan semula sekarang untuk memberi kelebihan kepada pemimpin PAS Kelantan yang akan bertanding pelbagai jawatan dalam Muktamar PAS kali Ke-59 22 November ini?

Jika itu benar, nampaknya PAS sudah mula menjadi seperti pemimpin-pemimpin UMNO, bila ada pemilihan semua pakai kulit Melayu, cakap pun besilang-silang macam zaman Kesultanan Melayu Melaka, habis saja persidangan, Melayu entah ke mana, apa pun entah kemana.

Samalah macam PAS sekarang.

Maka dengan itu aku menyerulah kepada pemimpin PAS Kelantan agar menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya tujuan membangkitkan soal hudud ini sekarang.  Kalau sekadar sandiwara untuk menang jawatan, tak mengapalah, tapi kalau benar-benar nak dilaksanakan, aku rasa baik fikir habis-habis.

Adalah lebih baik PAS menggerakkan jentera pilihanraya kecil parti tersebut di Paka.  Aku difahamkan, UMNO dah mula menggerakkan jentera tapi PAS masih berharap ADUN berkenaan terus hidup bagi mengelakkan pilihanraya kecil dari diadakan.

Tak pasti macam mana PAS nak menahan orang dari mati.

No comments: